sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat yang meliputi binaan, bentu, ragam, susunan, jenis-jenis ayat serta hukum dan rumus tatabahasa. Sebelum menelusuri lebih lanjut berkenaan bidang sintaksis secara lebih menyeluruh, adalah lebih baik yang dimulai dengan pengenalan kepada konsitituen yang wujud dalam ayat, iaitu morfem, perkataan, frasa, klausa dan seterusnya ayat.
1.2 MORFEM
Morfem ialah unit yang paling kecil dalam tatabahasa yang menggalas tugasnya yang tersendiri. Morfem dapat dibahagikan kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah bentuk-bentuk ujaran yang terkecil. Bentuk ini boleh berdiri sendiri dan mengandungi erti. Sebagai contoh perkataan makan, tidur, jalan, rehat, tulis, baca dan sebagainya.
Morfem terikat pula ilah bentuk-bentuk ujaran atau unit tatabahasa yang membawa maksud gramatikal tetapi tidak dapat berdiri sendiri. Contohnya seperti imbuhan men-, -i, di-, -kan, se-, ke...-an dan lain-lain imbuhan sama ada imbuhan awalan, apitan, sisipan dan apitan. Contoh lain misalnya, kata partikel seperti -lah, -kah,-tah, -pun.
1.3 PERKATAAN
perkataan ialah unsur yang mengandungi makan ( boleh berdiri sendiri ), Contohnya jalan, orang, kaki, sekolah dan lain-lain. Perkataan juga ialah bentuk bebas yang boleh menjadi unsur dan mendiami setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa
1.4 FRASA
Sesuatu ayat tidak akan terhasil tanpa frasa. Secara amnya, frasa ialah gabungan satu atau lebih perkataan. Frasa juga boleh didefinasikan sebagai satu perkataan berpotensi untuk diperluas atau dikembangkan.
- Frasa Nama
- Frasa Kerja
- Frasa Adjektif
- Frasa sendi nama
1.5 KLAUSA
klausa menduduki tingkat di bawah ayat dan di atas frasa. Hal ini bermakna, ada gabungan yang rapat antara klausa dengan ayat dan juga klausa dengan frasa. Hubungan rapat antara klausa dan frasa ialah unsur-unsur dalam klausa yang terdiri daripada frasa sedangkan klausa pula hampir menyamai taraf ayat dari segi strukturnya. Cuma, ayat ialah sebuah pernyataan yang lengkap yang mengandungi subjek dan prediket dan dimulai dengan kesenyapan dan berkahir dengan intonasi menurun menandakan berakhirnya ayat,. Berbeza dengan klausa yang tidak mempunyai ciri intonasi.
No comments:
Post a Comment