Tuesday, 6 March 2018

BAB 4 : PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU

1.0  Kata Nama Tunggal 

Kata nama tunggal bermaksud kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Kata Tunggal dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada satu suku, dua, tiga dan seterusnya. Berikut adalah beberapa contoh perkataan yang terdiri daripada satu hingga enam suku kata.

1. KV-yu, ru
2. VK-am
3. KVK-cat, pam, bom
4. KKVK-gred, krim, stor
5. KVKK- bank,golf, teks
6. KKKV-skru
7. KKKVK- skrip, straw,skrin

kata tunggal boleh terdiri daripada dua,tiga, empat suku kata dan lebih. Contoh data ialah:

dua suku kata -/air,usang,bau,masam/
tiga suku kata -/cuaca, buapak, idea, tempias/
empat suku kata -/keluarga, bijaksana, laksamana/
lima suku kata -/universitit, kosmopolitan, cenderawasih/
enam suku kata -/maharajalela/

Akronim ialah kata yang merupakan bentuk kata tunggal, sama ada berbentuk gabungan huruf awal, suku kata, huruf awal dan suku kata. Contoh data adalah seperti berikut:

a) Huruf awal; KIAS, JKR, UKM, MAIS
b) Suku kata; cerpen, kugiran, tadika
c) Huruf awal dan suku kata; MARA, MAKA, INTAN

1.1  Kata Nama Terbitan 

Bentuk kata yang kedua ialah kata terbitan. Kata terbitan ialah perkataan yang telah mengalami proses pengimbuhan, atau perkataan yang telah menerima sebarang imbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Berikut adalah contoh dan jenis-jenis imbuhan.

a) awalan; pe-, ke-, ber-, memper-, ter-,se-
b) akhiran; -an, -i, -kan, -man, -wati
c) apitan; me-...-kan, ber-...-an, di-...-i
d) sisipan; -el-, -er-, -em-, -in-

Secara umumnya, imbuhan ini boleh mengubah bentuk, fungsi dan golongan sesuatu perkataan. Contohnya, kata jalan boleh berubah bentuk menjadi kata terbitan berjalan. Selain itu, perubahan golongan kata juga berlaku, iaitu kata jualan tergolong dalam kata nama, manakala berjalan tergolong dalam kata kerja.

1.2  Kata Majmuk 

kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Bentuk kata ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a)  rangkai kata bebas;
air hujan, cermin mata, kapal selam
- termasuk kata sebagai gelaran
b) istilah khusus;
kertas kerja, gambar rajah, model linear
c) simpulan bahasa atau kiasan;
buah mulut, kaki bangku, durian runtuh.

Terdapat 15 bentuk kata majmuk penggunaannya telah mantap dan dieja secara rapat. Contohnya, ialah antarabangsa, tanggungjawab, sukarela, warganegara, matahari, olahraga dan sebagainya. Kata majmuk boleh digandakan. Namun demikian, penggandaan hanya melibatkan unsur pertama sahaja. Contoh: Menteri-Menteri Besar, alat-alat tulis, suku-suku kata, cermin-cermin mata dan lain-lain.
Bagi kata ganda yang telah mantap, penggandaan dilakukan secara keseluruhan unsur. Contoh: warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan. setiausaha-setiausaha dan lain-lain.

1.3  Kata Ganda

kata ganda ialah prose mengulangi kata dasar. kata dasar terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

a) Penggandaan Penuh 

pengulangan penuh terbahagi kepada dua, iaitu ulang semua dan ulang jamak. Kata ganda ulang penuh semua atau pengulanngan yang tidak menunjukkan bilangan lebih daripada satu, contohnya anai-anai, rama-rama, kura-kura. Ulang penuh jamak bermaksud pengulangan yang menunjukkan bilangan yang banyak,  contohnya botol-botol, kasut-kasut, sudu-sudu.

b) Penggandaan separa

penggandaan separa atau bentuk kata ganda separa bermaksud proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Ia boleh terdiri daripada kata tunggal dan kata Imbuhan.

-kata tunggal: laki-laki = lelaki, tikus-tikus = tetikus
-kata imbuhan: awalan:berlari-lari, merobek-robek,
                         akhiran: tanya-tanyakan, buah-buahan
                         apitan : berkasih-kasihan, kemerah-merahan

c) Penggandaan berentak 

kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar yang mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Bentuk kata  ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal
-kuih-muih, lauk-pauk, cerai-berai

ii) penggandaan pengulangan konsonan
-gunung-ganang, huyung-hayang, dolak-dalik

iii) penggandaan berentak bebas
-gelap-gelita, ulang-alik, simpang-siur

No comments:

Post a Comment

BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN VERBAL  kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.  dalam percakapan, se...