Thursday, 15 March 2018

BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

Image result for GAMBAR BENTUK DAN KESANTUNAN BAHASA KEBANGSAAN

KESANTUNAN VERBAL 

  • kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. 
  • dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi.
  • terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan tugas guru di sekolah, iaitu perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan. 
Ciri-ciri kesantunan verbal 

  1. Penggunaan bahasa halus 
  • contoh: terima kasih, selamat pagi, jemput duduk
      2. Penggunaan kata ganti nama 
  • contoh: kata ganti nama diri pertama ( saya ) , kata ganti nama kedua ( beliau ), kata ganti nama ketiga ( mereka ) 
Kata Ganti Nama Bahasa Diraja

  • kata kekeluargaan 
[ kata ganti nama diri pertama ] - Beta dan patik
[ kata ganti nama diri kedua ] - Tuanku 
[ kata ganti nama diri ketiga ] - patik, baginda, tuanku, duli tuanku

Kata Ganti Nama Orang Kebanyakan 

[ kata ganti nama diri keluarga ] - Long, Ngah, Lang, Cik, Andak, Teh, Busu 
[ Gelaran keluarga ] - pak long, mak long 
[ Gelaran pergaulan biasa ] - cik, puan, encik, tuan 
[ Gelaran pergaulan Formal ] - Tuan, Puan, Encik, cik, saudara, saudari


KESANTUNAN NONVERBAL 
  • merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
  • konsep kesantunan berbahasa non verbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. 
  • sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku. 
Fungsi Komunikasi bukan verbal 

  1. mengulangi mesej verbal 
  2. sebagai pengganti komunikasi verbal 
  3. mengesahkan komunikasi verbal 
  4. menunjukkan maksud atau keadaan sebenar
  5. sebagai pelengkap komunikasi verbal
  6. kawal interaksi. 
KESANTUNAN LISAN 

Image result for kesantunan lisan

KESANTUNAN PENULISAN 

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakam idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambangtulisan untuk dibaca ata digunakan pada masa akan datang. kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dalam bahan bertulis. komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi atau formal atau tidak rasmi. Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli keluaraga, ibu bapa dan lain-lain.


BAB 7 : LARAS BAHASA

PENGENALAN 

Definisi 

  • Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. 
  • Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan 
  • Penggunaan merujuk kepada penuntur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. 
Jenis-jenis laras bahasa
  • Laras Bahasa Matematik- menggunakan unsur-unsur matematik seperti, 'poligon', 'algebra' dan sebagainya.
  • Laras Bahasa Sains
  • Laras Bahasa Sukan
  • Laras Bahasa Agama
  • Laras Bahasa Sastera
  • Laras Bahasa Seni
  • Laras Bahasa Iklan
  • Laras Bahasa Resepi 
Perbezaan Laras Bahasa 

Image result for bahasa kebangsaan laras bahasa

Mengapakah laras bahasa digunakan? 

  • ciri-ciri keperihalan 
  1. situasi luaran 
  2. situasi persekitaran 
  • ciri-ciri linguistik 
  1. Aspek Bunyi 
  2. Aspek Perkataan 
  3. Aspek Ayat 
Kepentingan Laras Bahasa 
  • Laras bahasa amat penting 
  • Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya.
  • perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat bertambah dengan pesat.
  • penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya menegenali laras-laras utama bahasa Melayu
  • lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu
  • kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dalam media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan. 
  • laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. dicadangkan pada tahap persekolahan lagi. 

BAB 6 : RAGAM AYAT

Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
                        (a) ayat penyata;
                        (b) ayat tanya;
                        (c) ayat perintah;
                        (d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
     (a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
       
     (b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
            Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i.                     Amboi, cantiknya baju kamu!
ii.                   Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2.         Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a)        tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
            i. Bola itu saya tendang.
            ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)        berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a)        ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4.         Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat AktifApt Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat AktifAyat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat AktifAyat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya
bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai
supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat AktifAyat Pasif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.
Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof
3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
            Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
2.         Dalam penulisan, tanda petik
            ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3.         Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4.         Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5.         Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata  ( “ …….. “ )
1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.
  1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani.
  2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?"
  3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim.
  4. “ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita.
  5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.”
  6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ”
  7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah.
  8. “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.
  1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
  2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam.
  3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti.
  4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.
  5. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.
  6. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia.
  7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.
  8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.
6.         Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara
            berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
Cakap AjukCakap Pindah
saya, aku, hamba
beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok
dia, ia, nya, beliau
baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari itu
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1.         Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2.         Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.         Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4.         Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masingmasing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patch kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampirhampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9.         Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.        Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti
yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lainlain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20.        Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
            (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
21.        Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar; 
(b) kata majmuk kiasan
                       
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23.        Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk

Wednesday, 14 March 2018

BAB 5 : SISTEM TATABAHASA ( SINTAKSIS )

1.1  DEFINISI SINTAKSIS 

sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat yang meliputi binaan, bentu, ragam, susunan, jenis-jenis ayat serta hukum dan rumus tatabahasa. Sebelum menelusuri  lebih lanjut berkenaan bidang sintaksis secara lebih menyeluruh, adalah lebih baik yang dimulai dengan pengenalan kepada konsitituen yang wujud dalam ayat, iaitu morfem, perkataan, frasa, klausa dan seterusnya ayat.

1.2  MORFEM 

Morfem ialah unit yang paling kecil dalam tatabahasa yang menggalas tugasnya yang tersendiri. Morfem dapat dibahagikan kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah bentuk-bentuk ujaran yang terkecil. Bentuk ini boleh berdiri sendiri dan mengandungi erti. Sebagai contoh perkataan makan, tidur, jalan, rehat, tulis, baca dan sebagainya.
Morfem terikat pula ilah bentuk-bentuk ujaran atau unit tatabahasa yang membawa maksud gramatikal tetapi tidak dapat berdiri sendiri. Contohnya seperti imbuhan men-, -i, di-, -kan, se-, ke...-an dan lain-lain imbuhan sama ada imbuhan awalan, apitan, sisipan dan apitan. Contoh lain misalnya, kata partikel seperti -lah, -kah,-tah, -pun.

1.3  PERKATAAN 

perkataan ialah unsur yang mengandungi makan ( boleh berdiri sendiri ), Contohnya jalan, orang, kaki, sekolah dan lain-lain. Perkataan juga ialah bentuk bebas yang boleh menjadi unsur dan mendiami setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa

1.4  FRASA 

Sesuatu ayat tidak akan terhasil tanpa frasa. Secara amnya, frasa ialah gabungan satu atau lebih perkataan. Frasa juga boleh didefinasikan sebagai satu perkataan berpotensi untuk diperluas atau dikembangkan.


  • Frasa Nama
  • Frasa Kerja 
  • Frasa Adjektif
  • Frasa sendi nama
1.5  KLAUSA 

klausa menduduki tingkat di bawah ayat dan di atas frasa. Hal ini bermakna, ada gabungan yang rapat antara klausa dengan ayat dan juga klausa dengan frasa. Hubungan rapat antara klausa dan frasa ialah unsur-unsur dalam klausa yang terdiri daripada frasa sedangkan klausa pula hampir menyamai taraf ayat dari segi strukturnya. Cuma, ayat ialah sebuah pernyataan yang lengkap yang mengandungi subjek dan prediket dan dimulai dengan kesenyapan dan berkahir dengan intonasi menurun menandakan berakhirnya ayat,. Berbeza dengan klausa yang tidak mempunyai ciri intonasi.




Tuesday, 6 March 2018

BAB 4 : PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU

1.0  Kata Nama Tunggal 

Kata nama tunggal bermaksud kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Kata Tunggal dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada satu suku, dua, tiga dan seterusnya. Berikut adalah beberapa contoh perkataan yang terdiri daripada satu hingga enam suku kata.

1. KV-yu, ru
2. VK-am
3. KVK-cat, pam, bom
4. KKVK-gred, krim, stor
5. KVKK- bank,golf, teks
6. KKKV-skru
7. KKKVK- skrip, straw,skrin

kata tunggal boleh terdiri daripada dua,tiga, empat suku kata dan lebih. Contoh data ialah:

dua suku kata -/air,usang,bau,masam/
tiga suku kata -/cuaca, buapak, idea, tempias/
empat suku kata -/keluarga, bijaksana, laksamana/
lima suku kata -/universitit, kosmopolitan, cenderawasih/
enam suku kata -/maharajalela/

Akronim ialah kata yang merupakan bentuk kata tunggal, sama ada berbentuk gabungan huruf awal, suku kata, huruf awal dan suku kata. Contoh data adalah seperti berikut:

a) Huruf awal; KIAS, JKR, UKM, MAIS
b) Suku kata; cerpen, kugiran, tadika
c) Huruf awal dan suku kata; MARA, MAKA, INTAN

1.1  Kata Nama Terbitan 

Bentuk kata yang kedua ialah kata terbitan. Kata terbitan ialah perkataan yang telah mengalami proses pengimbuhan, atau perkataan yang telah menerima sebarang imbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Berikut adalah contoh dan jenis-jenis imbuhan.

a) awalan; pe-, ke-, ber-, memper-, ter-,se-
b) akhiran; -an, -i, -kan, -man, -wati
c) apitan; me-...-kan, ber-...-an, di-...-i
d) sisipan; -el-, -er-, -em-, -in-

Secara umumnya, imbuhan ini boleh mengubah bentuk, fungsi dan golongan sesuatu perkataan. Contohnya, kata jalan boleh berubah bentuk menjadi kata terbitan berjalan. Selain itu, perubahan golongan kata juga berlaku, iaitu kata jualan tergolong dalam kata nama, manakala berjalan tergolong dalam kata kerja.

1.2  Kata Majmuk 

kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Bentuk kata ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a)  rangkai kata bebas;
air hujan, cermin mata, kapal selam
- termasuk kata sebagai gelaran
b) istilah khusus;
kertas kerja, gambar rajah, model linear
c) simpulan bahasa atau kiasan;
buah mulut, kaki bangku, durian runtuh.

Terdapat 15 bentuk kata majmuk penggunaannya telah mantap dan dieja secara rapat. Contohnya, ialah antarabangsa, tanggungjawab, sukarela, warganegara, matahari, olahraga dan sebagainya. Kata majmuk boleh digandakan. Namun demikian, penggandaan hanya melibatkan unsur pertama sahaja. Contoh: Menteri-Menteri Besar, alat-alat tulis, suku-suku kata, cermin-cermin mata dan lain-lain.
Bagi kata ganda yang telah mantap, penggandaan dilakukan secara keseluruhan unsur. Contoh: warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan. setiausaha-setiausaha dan lain-lain.

1.3  Kata Ganda

kata ganda ialah prose mengulangi kata dasar. kata dasar terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

a) Penggandaan Penuh 

pengulangan penuh terbahagi kepada dua, iaitu ulang semua dan ulang jamak. Kata ganda ulang penuh semua atau pengulanngan yang tidak menunjukkan bilangan lebih daripada satu, contohnya anai-anai, rama-rama, kura-kura. Ulang penuh jamak bermaksud pengulangan yang menunjukkan bilangan yang banyak,  contohnya botol-botol, kasut-kasut, sudu-sudu.

b) Penggandaan separa

penggandaan separa atau bentuk kata ganda separa bermaksud proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Ia boleh terdiri daripada kata tunggal dan kata Imbuhan.

-kata tunggal: laki-laki = lelaki, tikus-tikus = tetikus
-kata imbuhan: awalan:berlari-lari, merobek-robek,
                         akhiran: tanya-tanyakan, buah-buahan
                         apitan : berkasih-kasihan, kemerah-merahan

c) Penggandaan berentak 

kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar yang mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Bentuk kata  ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal
-kuih-muih, lauk-pauk, cerai-berai

ii) penggandaan pengulangan konsonan
-gunung-ganang, huyung-hayang, dolak-dalik

iii) penggandaan berentak bebas
-gelap-gelita, ulang-alik, simpang-siur

Sunday, 4 March 2018

BAB 3 : PROSES PEMBENTUKAN KATA

3.1 PROSES PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU

Dalam bahasa melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa prosespembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu iaitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

3.1.1  KATA TUNGGAL

Kata tunggal bermaksud kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan. Kata Tunggal dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada satu suku, dua, tiga, dan seterusnya. Berikut adalah beberapa contoh perkataan yang terdiri daripada satu hingga enam suku kata.

  1. KV-yu, ru
  2. VK- am 
  3. KVK- cat, pam, bom
  4. KKVK- gred, krim, stor
  5. KVKK- bank, golf, teks
  6. KKKV- skru
  7. KKKVK- skrip, straw, skrin
Kata tunggal boleh terdiri daripada dua, tiga, emapat suku kata dan lebih. contoh data ialah: 

  • dua suku kata - /air, usang, bau, masam/
  • tiga suku kata - /cuaca, buapak, idea, tempias/
  • empat suku kata - /keluarga, bijaksana, laksamana/
  • lima suku kata - /universiti, kosmopolitan, cenderawasih/
  • enam suku kata - /maharajalela/
Akronim ialah kata singkatan yang merupakan bentuk kata tunggal. sama ada berbentuk gabungan huruf awal, suku kata, huruf awal dan suku kata. Contoh data adalah seperti berikut: 

  1. Huruf awal: KIAS, JKR, UKM, MAIS
  2. Suku kata: cerpen, kugiran, tadika
  3. Huruf awal dan suku kata: MARA, MAKA, INTAN.
3.1.2  KATA TERBITAN

Bentuk kata yang kedua ialah kata terbitan. Kata terbitan ialah perkataan yang telah mengalami proses pengimbuhan, atau perkataan yang telah menerima sebarang imbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Berikut adalah contoh dan jenis-jenis imbuhan.

  1. awlan; pe-, ke-, ber-, memper-, ter-, se-
  2. akhiran; -an, -i, -kan, -man, -wati
  3. apitan; me-...-kan, ber-...-an, di-...-i
  4. sisipan; -el-,-er-, -em-, -in-
Secara umumnya, imbuhan ini boleh mengubah bentuk, fungsi dan golongan sesuatu perkataan. Contohnya, kata jalan boleh berubah bentuk menjadi kata terbitan berjalan. Selain itu, perubahan golongan kata juga berlaku, iaitu kata jalan tergolong dalam kata nama, manakala berjalan tergolong dalam kata kerja. 

3.1.3  KATA MAJMUK

Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Bentuk kata ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu: 
  1. rangkai kata bebas : air hujan, cermin mata, kapal selam - termasuk kata sebagai gelaran. contoh: Perdana Menteri, Profesor Madya. 
  2. istilah khusus: kertas kerja, gambar rajah, model linear
  3. simpulan bahasa atau kiasan: buah mulut, kaki bangku, durian runtuh. 
Terdapat 15 bentuk kata majmuk yang penggunaannya telah mantap dan dieja secara rapat. Contohnya, ialah antarabangsa, tanggungjawab, sukarela, warganegara, matahari, olahraga dan sebagainya. Kata majmuk boleh digandakan. Namun demikian, penggandaan hanya melibatkan unsur pertama sahaja. Contoh: Menteri-Menteri Besar, alat-alat tulis, suku-suku kata, cermin-cermin mata dan lain-lain. Bagi kata ganda yang mantap, penggandaan dilakukan secara keseluruhan unsur. Contoh: warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha, dan lain-lain.

3.1.4  KATA GANDA

Kata ganda ialah proses mengulangi kata dasar. Kata ganda terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 

  • Penggandaan penuh 
pengulangan penuh terbahagi kepada dua,iaitu ulang semua dan ulang jamak. Kata ganda ulang penuh semua atau pengulangan yang tidak menunjukkan bilangan lebih daripada satu, contohnya anai-anai, rama-rama, kura-kura. Ulang penuh jamak bermaksud pengulangan yang menunjukkan bilangan yang banyak, contohnya botol-botol, kasut-kasut, sudu-sudu.

  • Penggandaan separa
penggandaan separa atau bentuk kata ganda separa bermaksud proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Ia boleh terdiri daripada kata tunggal dan kata imbuhan. 

-kata tunggal: laki-laki = lelaki
                       tikus-tikus = tetikus
-kata imbuhan: awalan: berlari-lari, merobek-robek
                         akhiran: tanya-tanyakan, buah-buahan
                         apitan: berkasih-kasihan, kemerah-merahan
  • penggandaan berentak 
Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Bentuk kata ini terbahagi kepada tiga, iaitu: 

  1. penggandaan berentak pengulangan vokal - kuih-muih, lauk-pauk, cerai-berai
  2. penggandaan pengulangan konsonan - gunung-ganang, huyung-hayang, dolak-dalik
  3. penggandaan berentak bebas - gelap-gelita, ulang-alik, simpang-siur

3.2  GOLONGAN KATA

Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, adjektif dan kata tugas. penggolongan kata ini berdasarkan fungsi dan ciri-ciri semantik. 

3.2.1  KATA NAMA

Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama biasanya terdiri daripada orang, haiwan, tempat, bend atau konsep. Dengan perkataan lain, mana-mana perkataan yang boleh berfungsi sebagai inti utama sebagai subjek dalam binaan ayat, maka perkataan tersebut ialah golongan kata nama. Kata nama ini terbahagi kepada tiga, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan sebagainnya.

  • kata nama - Hidup ( manusia dan bukan manusia ), Tidak hidup
  • kata nama am - Abstrak & Konkrit 
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am ini terbahagi kepada dua, iaitu seperti di atas. 

Kata nama abstrak merujuk pada kata nama yang tidak dapat disentuh, dipegang dan sebagainya, manakala kata nama am konkrit ialah kata nama yang boleh disentuh dan dipegang. Contoh kata nama am abstrak ialah kedamaian, perjalanan, dan sebagainya. Contoh kata nama am konkrit ialah meja, kerusi, bangunan dan sebagainya. 

3.2.2  KATA GANTI NAMA 

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. periciannya seperti di bawah. 

  • kata ganti nama -Tunjuk ( tunjuk umum & tunjuk tempat ) , Diri ( diri tanya & diri orang ) 
3.2.3 KATA KERJA 

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai oleh beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan.

a)  Kata kerja - tak transitif ( berpelengkap, tanpa pelengkap )                   
                         - transitif ( ayat aktif, ayat pasif )

kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. kata kerja transitif ialah kata yang memerlukan objek manakala kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sebagai penyambut kata kerja tersebut. Lazimnya, untuk menentukan sama ada ayat itu menggunakan kata kerja transitif atau tak transitif adalah dengan cara mempasifkan ayat tersebut. Sekiranya ayat tersebut boleh dipasifkan, maknanya ayat tersebut menggunakan kata kerja tak transitif. Jika tidak boleh dipasifkan, maknanya ayat tersebut menggunakan kata kerja tak transitif. Contoh kata kerja transitif yang menunjukkan ia boleh dipasifkan.


  1. Ali menendang bola. ( ayat aktif ) 
  2. Bola ditendang oleh Ali. ( ayat pasif ) 
kata kerja tak transitif dipecahkan kepada dua jenis, iaitu

  1. kata kerja tak transitif berpelengkap, contohnya tidur, mandi dan sebagainya
  2. kata kerja tak transitif tidak berpelengkap, contohnya berada, beransur dan sebagainya.
3.2.4  KATA ADJEKTIF

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi inti bagi frasa adjektif. 
Lazimnya, kata adjektif boleh didahului oleh kata penguat. Dengan perkataan lain, mana-mana kata yang boleh didahului oleh kata penguat, ia tergolong dalam kata adjektif. Kata nama, kata kerja, dan kata tugas tidak boleh didahului oleh kata penguat. Contohnya adalah seperti berikut: 

  1. ...sangat tinggi...
  2. ...sangat pandai...
Golongan kata nama, kata kerja, dan kata tugas tidak boleh didahului oleh kata penguat, contohnya adalah seperti berikut: 

  1. ...sangat dinding... ( kata nama ) 
  2. ...sangat menjalankan... ( kata kerja ) 
  3. ...sangat adalah... ( kata tugas, pameri ) 
3.2.5  KATA TUGAS

Kata tugas ialah golongan kata yang hanya memainkan tugas-tugas tertentu dalam binaan ayat. Ia tidak boleh menjadi inti utama dalam binaan frasa. Kehadiran kata tugas ini boleh digugurkan dalam binaan ayat. Kata tugas terdiri daripada 17 jenis yang boleh dikelompokkan kepada empat kelompok, iaitu: 
  • kata penyambung ayat ( kata hubung ) 
  • kata praklausa ( kata seru, tanya, perintah, pembenar, pangkal ayat ) 
  • kata prafrasa ( kata bantu, penguat, penegas, nafi, pameri, sendi nama, arah, bilangan, adverba )
  • kata pascakata ( kata penekan, pebenda ) 

BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN VERBAL  kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.  dalam percakapan, se...