- Sistem ejaan Bahasa Melayu sekarang mula digunakan pada tahun 1972.
- Bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia berbeza dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Indonesia.
- Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) berusaha menghasilkan pelbagai istilah baharu yang merangkumi pelbagai bidang berpandukan sistem ejaan yang sistematik dan seragam.
- Dalam Bahasa Melayu, terdapat 26 abjad yang digunakan dalam sistem tulisan Rumi.
* 6 abjad terdiri daripada huruf vokal, iaitu a,i,e pepet, e taling, o, dan u.
* 3 bentuk diftong, iaitu ( ai ), ( au ) dan ( oi ). Huruf-huruf ini terdapat dalam perkataan Bahasa Melayu asli dan kata pinjaman.
2.2 BUNYI DAN HURUF
Terdapat 26 huruf dalam tulisan Bahasa Melayu yang melambangkan 25 bunyi konsonan dan 6 bunyi vokal, seperti paparan di bawah.
HURUF
|
SEBUTAN (
BUNYI )
|
A
|
E ( seperti menyebut dalam perkataan
elak )
|
B
|
bi
|
C
|
si
|
D
|
di
|
E
|
i ( seperti menyebut dalam perkataan
itik )
|
F
|
ef
|
G
|
Ji ( seperti menyebut dalam perkataan
jiran )
|
H
|
ec
|
I
|
ai
|
J
|
je
|
K
|
ke
|
L
|
el
|
M
|
em
|
N
|
en
|
O
|
o
|
P
|
pi
|
Q
|
kiu
|
R
|
ar
|
S
|
es
|
T
|
ti
|
U
|
yu
|
V
|
vi
|
W
|
dabliu
|
X
|
eks
|
Y
|
wai
|
Z
|
zet
|
Terdapat enam fonem ( bunyi ) vokal dalam bahasa Melayu. Huruf vokal e dilambangkan dengan dua bunyi, iaitu bunyi e pepet dan e taling. Lihat contoh-contoh berikut:
HURUF
VOKAL
|
FONEM
( BUNYI )
|
PENGGUNAAN
|
|||
Di depan
|
Di tengah
|
Di belakang
|
|||
a
|
/a/
|
Ayam
|
Bayam
|
Saya
|
|
e pepet
|
/Ə/
|
Emas
|
Kemas
|
Vandalisme
|
|
e taling
|
/e/
|
Epal
|
Belek
|
Sate
|
|
i
|
/i/
|
Ikut
|
Sikat
|
Tali
|
|
o
|
/o/
|
Otak
|
Kotak
|
Pidato
|
|
u
|
/u/
|
Udang
|
Kulat
|
Baju
|
|
2.2.2 HURUF DIFTONG
Diftong bermaksud dua bunyi vokal disebut sebagai atau satu bunyi ( luncuran ). Hanya 3 bunyi diftong dalam bahasa Melayu iaitu:
HURUF
DIFTONG
|
FONEM
( BUNYI )
|
PENGGUNAAN
|
||
Di depan
|
Di tengah
|
Di belakang
|
||
ai
|
/ai/
|
Air
|
Khairat
|
Serai
|
au
|
/au/
|
Aurat
|
Saudara
|
Garau
|
oi
|
/oi/
|
Oidium
|
Alkaloid
|
Kaloi
|
2.2.3 HURUF KONSONAN
Mengikut sistem ejaan rumi, terdapat 26 huruf konsonan yang digunakan untuk melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan, termasuk gugus konsonan ( konsonan bergabung ).
2.2.3 EJAAN KATA PINJAMAN
1. Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu
- cc - ks access menjadi akses
- x - ks express menjadi ekspress
- ff - f traffic menjadi trafik
- oo - uboot menjadi but
- block menjadi blok
- draft menjadi draf
- generation menjadi generasi
- agent menjadi agen
- lotion menjadi losen,
- section menjadi seksyen
- nationalism menjadi nasionalisme
- optimism menjadi optimisme
- pencil menjadi pensel
- action menjadi aksi
- dial menjadi dail
Dalam bidang morfologi, kata sendi nama diletakkan di bawah kelompok kata tugas. Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:
( i ) kata sendi nama + frasa nama
Contohnya: di sekolah
( ii ) kata sendi nama + kata arah + Frasa Nama
Contohnya : ke dalam bilik
( iii ) kata sendi nama + Frasa Nama + frasa keterangan
Contohnya : dari Melaka dengan keluarganya
( iv ) kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan
Contohnya : ke selatan tanahair setip bulan
( v ) kata bantu + kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan
Contohnya : akan ke utara tanahair setiap bulan
2.2.5 PENGGUNAAN TANDA BACA
- Tanda baca noktah (.)
-berakhirnya sesuatu ayat.
-digunakan untuk menyatakan singkatan.
-Cth : Hj, Prof, Y.B, Abd.
2. Tanda baca sempang (-)
a) sebagai tanda kata ganda
- cth : rumah-rumah, pemimpin-pemimpin, berlari-lari, gunung-ganang.
b) antara ke dengan angka
- cth : ke-10, ke-100
c) antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran -an
-tahun 20-an, tahun 50-an
d) antara huruf kecil dengan huruf besar
-huruf besar iaitu merujuk kepada tuhan atau nama khas.
-tanda sempang ini digunakan untuk memisahkan huruf besar dengan huruf kecil.
cth : Hamba-Mu, Rahmat-Nya, Pro-Malaysia
3. Tanda baca seru (!)
-tanda seru hadir di akhir ayat seruan.
-salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.
-cth : Wah! cantiknya baju itu.
Aduh! sakit kakiku.
sepatutnya, Wah, cantiknya baju itu!
No comments:
Post a Comment