Thursday, 28 December 2017

BAB 1 : ASAL-USUL BAHASA MELAYU

1.1  PENGENALAN

Dalam memberi definisi kepada bahasa, ciri-ciri bahasa dari segi guna dan sifatnya adalah sebagai alat perhubungan. Apabila menyentuh tentang alat perhubungan, ternyata bukan manusia sahaja yang berhubung antara satu sama lain. Binatang juga boleh berhubung. Oleh hal demikian, kita lihat dahulu tentang bahasa manusia dan bahasa binatang.

BAHASA MANUSIA
  • Bahasa manusia yang digunakan dalam pertuturan, sebenarnya merupakan satu alat perhubungan yang penting antara manusia dengan manusia.
  • Bahasa menggunakan bunyi suara. Daripada bunyi suara itu, diterbitkan lambang-lambang yang berlainan yang boleh digambarkan di atas kertas dan lain-lain seperti tulisan.
  • Boleh dijadikan tanda isyarat untuk sesuatu sistem perhubungan tertentu, misalnya isyarat-isyarat yang dipakai oleh pengakap.
BAHASA BINATANG
  • Kajian telah membuktikan bahawa binatang juga dapat berhubung atau mempunyai bahasa sendiri.
  • Bahasa mereka menunjukkan bahawa mereka juga mempunyai sistem perhubungan tetapi sistem perhubungan mereka ini terhad.
  • Mereka dapat menyampaikan maklumat seperti ketakutan ,kegembiraan dan amaran.
Oleh itu, salah satunya bahasa yang yang dituturkan di dunia ini ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu memang telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) sejak pertengahan abad ketujuh , iaitu pada zaman kegemilangan Sriwijaya sebagai kerajaan bumiputera pertama yang mempengaruhi Kepualaun Melayu malahan di beberapa daerah lain di Asia Tenggara. Peranan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan memuncak dalam zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu kuasa politik dan ekonomi, di samping sebagai pusat peradaban Melayu yang penting.

Dengan peranannya sebagai bahasa pemerintahan, bahasa kebudayaan, bahasa kesusasteraan, bahasa undang-undang dan bahasa perdagangan sejak berbelas-belasabad yang silam itu, bahasa Melayu telah membina tradisi keperibadiannya yang mantap, sebagaimana yang tergambar dan dilanjutkan dalam bahasa Melayu moden sekarang ini.

Sebagai bahasa yang hidup dan berpotensi menjadi salah satu bahasa besar di dunia, bahasa Melayu tidak terkecuali daripada mengalami pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, baik yang datang seiring dengan penjajahan (sebagaimana halnya dengan bahasa Eropah) mahupun yang datang sebagai anasir kebudayaan dan keagamaan ( sebagaimana halnya dengan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab) atau juga sebagai interaksi dalam dunia sekarang.

1.2  ASAL-USUL BAHASA MELAYU

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penuntur bahasa melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 Sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan Tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.

Manakala, puak Melayu Deutro telah menduduki daerah-daerah yang subur di pinggir-pinggir pantai Asia Tenggara. Mereka telah menyebabkan orang-orang Melayu Proto tadi lari ke gunung-gunung dan ke hutan rimba di pendalaman. Melayu proto ini dikenali sebagai orang-orang jakun, Mah Meri, Jahut,Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain. Melayu deutro juga lebih cekap dalam pelayaran. Mereka telah belayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan membuat kediaman di sana.

Disebabkan masyarakat Austronesia tersebar luas ke beberapa penempatan, mereka menggunakan bahasa di daerah masing-masing. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris. Di samping itu, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu rumpun bahasa Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.

Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang iaitu:
  • kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu ( Nusantara )  
  • kumpulan bahasa polinesia antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori
  • kumpulan bahasa Melanisia antaranya bahasa di kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian.
  • kumpulan bahasa di Kepulauan Mikronesia antaranya bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina Dan Gillbert.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahawa Austronesia ini. Nik Safiah Karim (1986), juga menerangkan dengan lebih jelas lagi bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filem bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austronesia dan Tibet-China.
RAJAH 1.2 Carta Bahasa Austronesia

Carta aliran bahasa Austronesia di atas ialah menerangkan bahawa satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. 

1.3  PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa melayu termasuk dalam bahasa-bahasa golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampang dan orang Laut. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
  1. Bahasa Melayu Kuno
  2. Bahasa Melayu Klasik
  3. Bahasa Melayu Moden
BAHASA MELAYU KUNO

Sebelum kedatangan pedagang India di Kepeluan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai bahasa melayu Purba, Bahasa ini kemudiannya dinamakan bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga ke-13. Pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu kuno merangkumi Semenanjung  Tanah Melayu  ( kini Semenanjung Malaysia ), Kepulauan Riau, dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:

  1.  Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
  2. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  3. Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Rajah 1.3  Sebuah Inskpirasi bahasa Melayu Kuno yang digelar Kawi ditemui di Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan.
  • Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.
  • Kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hieraki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit diterima.
  • Telah dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau Aksara pallava ( Tulisan Pallava ) dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.
  • Kesan daaripada bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata bahasa Melayu Kuno.
  • Bahasa Melayu tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.
  • Perkaitan antara bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan-perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang.
  • Perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti di bawah: 


Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu
vulan
Bulan

Nasyrik

Asyik
Nayik

Naik
Mengalap

Mengambil
Mamava

Membawa
Saribu

Seribu
Dangan

Dengan


Selain itu, bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-dalam bahasa Melayu Kuno. Contoh kata seperti yang terdapat dalam jadual berikut: 

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu
Nimakan
Dimakan
Niminumna
Diminumnya

Niparvuat
Diperbuat


Sementara itu, awalan ber- dalam bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam bahasa Melayu Kuno. 



Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu
Marvanum

Berbangun
Marvuat

Berbuat
Marlapas

Berlepas

Manakala, akhiran -na yang digunakan dalam bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini seperti:

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu
Vinina

Bininya
Vuahnya
Buahnya



Secara Ringkasnya berikut merupakan ciri-ciri bahasa Melayu Kuno: 
  1. Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit seperti tatkala, air dan sebagainya
  2. Bunyi [b] ialah [w] dalam bahasa Melayu Kuno, Contohnya bulan ialah wulan. 
  3. Bunyi [e] pepet tidak wujud. Contoh: dengan - dngan atau dangan.
  4. Awalan ber- ialah mar- dalam bahasa Melayu Kuno ( contoh:berlepas - marlapas )
  5. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu Kuno ( contoh: diperbuat - niparvuat )
Sementara itu, salah satu bukti sejarah bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara ( alphabet ) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari Selatan India. berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui: 
  1. Batu Bersurat Kedukan Bukit ( Palembang ), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava. 
  2. Batu Bersurat Talang Tuwo ( palembang ), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu.
  3. Batu Bersurat Kota Kapur ( Bangka ), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
  4. Batu Bersurat Karang Brahi ( Jambi ), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.
  5. Batu Bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah ( 832 M ) ditulis dalam huruf Nagiri.
  6. Batu Bersurat Pagar Ruyung ( 1356 M ).                                                                                      
Pada zaman bahasa Melayu Kuno, pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya. Bahkan, banyak candi yang dibina di alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagar Ruyung di Sumatera, Candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.

Seterusnya, dari segi peralihan bahasa Melayu Kuno ke bahasa Melayu klasik pula dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ketiga belas. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, Struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting yang membuktikan perubahan ini iaitu: 
  1. Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau
  2. Batu Bersurat di Minye Tujuh, Acheh
  3. Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu 
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

BAHASA MELAYU KLASIK
Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatngan agama Islam di Asia Tenggara pada abad ke-13. Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik banyak memasukkan dengan pengaruh Islam. Ia menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa melayu Klasik ialah: 
  • Ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit.
  • Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang 
  • Menggunakan bahasa Istana.
  • Menggunakan kosa kata klasik seperti, ratna mutu manikam, edan kesmaran ( mabuk asmara ), sahaya, masyghul ( bersedih ).
  • Banyak menggunakan perdu perkataan ( kata pangkal ayat ) seperti sebermula, alkisah,hatta, adapun.
  • Banyak menggunakan partikel pun dan lah.
  • Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
  • Telah menerima pelbagai jenis kosa kota Arab dan parsi dlam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
  • Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu ( dari terjemahan I'iamL, maka kemudian daripada itu ) (dari Ammaa ba'du ) atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
  • Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa'id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman Kuno atau Hindu. 
Bukti kegemilangan bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepass abad ke-14, muncul pula kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. Antaranya ialah: 
  1. Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau ( 1356 )       
  • Ditulis dalam huruf India 
  • Mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris sajakan Sanskrit
  • Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ketujuh.                
      2. Batu Bersurat di Minye Tujuh, Acheh ( 1380 ) 
  • Masih memakai abjad India
  • Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
      3. Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu ( 1303-1387 ) 
  • Ditulis dalam tulisan jawi
  • Membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemimpin kerajaan Melayu memeluk islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam daripada Arab dan India. Ini menyebabkan penyerapan unsur-unsur Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu. Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu: 
  1. Zaman Kerajaan Melaka
  2. Zaman kerajaan Acheh
  3. Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam zaman bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. 

BAHASA MELAYU MODEN 


  • Bermula pada abad ke-19 
  • Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden.
  • Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
  • Selepas perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. 
  • Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. 
Istilah bahasa Melayu dalam konteks perbincangan ini merujuk kepada pengertian: 

  1. Bahasa yang menjadi anggota rumpun bahasa Austronesia
  2. Bahasa yang sejak abad pertama Masihi telah menjadi bahasa kerajaan di kepulauan Melayu.
  3. Bahasa yang menjadi saranan semua sektor penting tamadun di Alam Melayu dari abad ke-12.
  4. Bahasa yang menjadi bahasa Kebangsaan empat buah negara berdaulat, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
  5. Bahasa yang disebut dalam dokumen perundangan-undangan negara kita, iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa kebangsaan 1963/67. 
 



BAB 8 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN VERBAL  kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.  dalam percakapan, se...